ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/ BERDUSTA
Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:
Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". [at-Taubah 9:119]
Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:
أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً
Maksud: "sentiasalah berlaku jujur dan komited pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah". [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ومن غشنا فليس منا
Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]
Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا
"Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta". [Sahih al-Bukhari – no:5743]
Bagaimana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له
"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]
Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan mengembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.
Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.
Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:
"Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools') atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]
Kesimpulannya, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Tiada masalah untuk mengembirakan seseorang. Tetapi ada batas dan sempadannya. Ada tahapnya. Ada caranya. Jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan sampai putus kawan dan sahabat. sebaliknya ukhuwwah perlu dibina dan dipupuk dengan sebaiknya.
jika difikir-fikirkan, sekalipun perayaan ini tidak berkaitan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Sepanyol sekalipun, tidak perlulah diraikan kerana langsung tidak memberikan apa-apa faedah kepada yang meraikannya, malah mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
sumber

No comments:
Post a Comment