
Tuhan! 
Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu
Sedangkan aku  hamba-Mu
Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta
Ia adalah  dengan iradah-Mu yang mempunyai hikmah
Bagaimana aku tidak  mengagungkan dan membesarkan-Mu
Segala yang aku lihat  menggambarkan kebesaran-Mu
Bagaimana aku boleh melupakan-Mu,  kasih sayang-Mu dapat kurasa
Ia berlaku setiap masa dan waktu
Bahkan  turun naiknya nafasku itu salah satu kasih sayang-Mu
Tuhan!
Bagaimanapun  aku adalah hamba
Engkau pun tahu, di antara-antara sifat-sifat  hamba itu terlalai dan terlupa
Cuai dan terleka
Kerana  itulah aku selalu sahaja memohon ampun kepada-Mu
Cuai dan lalai  pasti berlaku kepadaku
Lupa dan leka terjadi selalu
Di  sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu, lupakan sahaja kesalahanku
Janganlah  sampai Engkau bertindak ke atasku
Monday, June 7, 2010
aku kan hambaMu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment