Sunday, March 28, 2010

Sejarah Aprilfool atau kite yg difoolkn?

ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/ BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". [at-Taubah 9:119]

Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً


Maksud: "sentiasalah berlaku jujur dan komited pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah". [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا


Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]

Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا


"Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta". [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Bagaimana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له


"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan mengembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.

Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:

"Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools') atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]

Kesimpulannya, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Tiada masalah untuk mengembirakan seseorang. Tetapi ada batas dan sempadannya. Ada tahapnya. Ada caranya. Jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan sampai putus kawan dan sahabat. sebaliknya ukhuwwah perlu dibina dan dipupuk dengan sebaiknya.

jika difikir-fikirkan, sekalipun perayaan ini tidak berkaitan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Sepanyol sekalipun, tidak perlulah diraikan kerana langsung tidak memberikan apa-apa faedah kepada yang meraikannya, malah mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

sumber

Monday, March 8, 2010


Air Mata Pemadam Api Neraka

Ya Allah ! Ya Tuhanku
Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu
Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku

Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu
Aku tidak terlepas daripada azab

Aku lemah, bantulah aku
Nafsuku serakah
Bantulah aku bermujahadah selalu
Syaitan yang menipu dayaku
Lindungilah aku darinya

Jalan kesesatan terlalu banyak
Ada yang jelas
Ada yang kesamaran

Kalau bukan pimpinan-Mu
Aku tersesat jalan

Pimpinkanlah aku selalu
Agar aku selamat menuju-Mu


Wednesday, November 4, 2009

Jejak Roh Perjuangan II

"YA ALLAH HANTARKAN KPD JENAZAHKU TEBUAN BERBISA!!"

Asim bin Thabit r.a merupakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi.Sebelum meletusnya peperangan Uhud Nabi s.a.w telah bertanya kepada perajurit muslimin, bagaimanakah kamu akan berperang kelak ? Thabit telah tampil seraya berkata : Apabila musuh telah hampIr seratus kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan.Apabila merekaa lebih hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka. Jika jarak telah menjadi lebih dekat slepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka. Mendengar kata-katanya yang bersemangat itu Nabi saw telah bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang ingin berjuang, maka hendaklah dia mencontohi Asim bin Thabit !


Apabila meletus peperangan Uhud seperti yang dijanjikan kepada RasululLah saw, Asim telah keluar umpama singa garang yang kelaparan.Beliau telah berhasil membunuh anak-anak lelaki kepada Sulafah binti Sa’ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini telah membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam untuk menuntut bela terhadap mereka.Ibu ini
telah berikrar memberikan ganjaran yang hebat kepada sesiapa yang berjaya membunuh balas pembunuh putera-puteranya itu.

Peperangan Uhud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat Islam telah berakhir lalu Nabi mengutuskan tentera seramai 6 orang diketuai oleh Asim bin Thabit r.a.Ketika rombongan tentera ini berada di pertengahan jalan tidak jauh dari Mekah, kaum Huzail yang tinggal di kawasan itu yang masih lagi belum memasuki Islam telah mengepung mereka.


Asim bersama tentera-tentera Islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri.Kini golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerahkan diri.Walaubagaimanapun Asim bertegas untuk mempertahankan dri dengan katanya : “ Adapun pada pandanganku, aku tidak akan menyerahkan diriku kepada seseorang musyrik. Tawaran Sulafah tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Kata-kata beliau yang terakhir sebelum berlakunya pertembungan itu adalah : “ Ya Allah, sesungguhnya aku ini mempertahankan agamaMu dan memperjuangkannya ! Maka peliharalah tubuhku dan tulangku , dan jangan Engkau izinkan keduanya dari di kuasai oleh mereka! Kedahsyatan penganiyaan yang dilakukan oleh musush-musuh Islam terhadap jasad syuhada’ Islam yang gugur di medan Uhud masih lagi segar dalam ingatannya. Penganiayaan kepada jasad Hamzah yang sudah kaku oleh Hindun, isteri kepada jenderal tentera kuffar yang menyerang Madinah. Asim merasa yakin akan bantuan Allah dan perlindunganNya dari musuh-musuh Islam.

Asim memulakan serangan disertai dengan dua orang sahabatnya. Manakala yang lain menyerahkan diri mereka.Setelah berjuang habis-habisan bagaikan singa yang kelaparan, kesemua tiga orang sahabat , termauk Asim akhirnya terkorban sebagai syahid.Musuh-musuh Islam telah memperlakukan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan.Sangkaan mereka, akan mendapat layanan seperti tawanan meleset sama sekali, apabila musuh bertindak dengan lebih ganas iaitu membunuh mereka.

Musuh-musuh tidak menyedari bahawa salah seorang yang dibunuh itu merupakan Asim yang diharap-harapkan oleh ramai musuh untuk membunuhnya.Tawaran oleh Sulafah amatlah menggiurkan dan kebanyakan mereka telah terpikat dengannya.

Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan, datanglah utusan Quraisy dari Mekah yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya, meminta agar diserahkan kepala Asim kepada Sulafa bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang bersarang di lubuk hatinya, terhadap pembunuh ke tiga anak lelakinya.


Berebut-rebutlah kaum Arab dari suku Huzail untuk mendapat anugerah yang dijanjikan itu.Sampai berdekatan dengan jasad Asim, mereka yang ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menyelaputi jasadnya, seolah-olah padanya ada sarangnya yang dipertahankan dari penceroboh. Segelintir yang cuba mara kea rah mayat disengat di kepala dan mata. Tebuan padang pasir amat ditakuti oleh manusia.Sengatannya mampu menyebabkan kelumpuhan pada system pertahanan badan malah membewa pada kematian.

Setelah berusaha berbagai cara menghalau lebah dan penyengat itu tanpa membuahkan sebarang hasil, akhirnya mereka berehat menanti hari malam dengan anggapan serangga itu akan meninggalkan jasadnya menjelang kegelapan.Belumpun kegelapan menyelubungi siang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena langit bertukar corak.Hari yang disangka terang bertukar menjadi gelap.Kilat sambar menyambar lalu turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Kawasan pertempuran menjadi seolah-olah tasik dengan paras air yang naik dengan menggila, di luar kawalan.Hujan yang turun lebat tidak berhenti hingga tiba waktu Subuh keesokan hari baru ia reda.

Huzail masih lagi meletakkan dalam impian untuk menyerahkan kepala Asim yang dipenggal kepada Quraisy agar tenang ruh tiga orang pemuda mereka seperti yang disangkakan oleh puak jahiliyyah.Namun impian hanya tinggal angan-angan kosong.Jasad Asim dipelihara Allah dari tangan-tangan jahat musuh-musuhNya.Tubuhnya hilang entah ke mana dalam kederasan air hujan di gurun sahara yang panas, tapi ruhnya sudah diambil Allah terbang ke syurga yang tinggi.Semuga Allah meredhainya..Dia ikhlas dalam perjuangannya..Dan Allah tidak sekali-kali menghampakan amalan hamba-hambaNya yang ikhlas..

FirmanNya dalam surah Ali Imran ayat ke 169-170 :
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita…"

Allahuakbar!!!