Wednesday, July 28, 2010

Syaitan yg kreatif


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.
“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kesihan saya melihat wajah sidia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
“Bang saya insaf bang…“
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu sidia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”
“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”
“Lantas?”
“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”
“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”
“Jadi kebenaran menolak keindahan?”
“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.
Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
“Transisi? Apa maksud mu?”
“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”
“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”
“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.
“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”
“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”
“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!


related post : senjata syaitan

Monday, June 7, 2010

aku kan hambaMu



Tuhan!

Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu

Sedangkan aku hamba-Mu

Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta

Ia adalah dengan iradah-Mu yang mempunyai hikmah

Bagaimana aku tidak mengagungkan dan membesarkan-Mu

Segala yang aku lihat menggambarkan kebesaran-Mu

Bagaimana aku boleh melupakan-Mu, kasih sayang-Mu dapat kurasa

Ia berlaku setiap masa dan waktu

Bahkan turun naiknya nafasku itu salah satu kasih sayang-Mu

Tuhan!

Bagaimanapun aku adalah hamba

Engkau pun tahu, di antara-antara sifat-sifat hamba itu terlalai dan terlupa

Cuai dan terleka

Kerana itulah aku selalu sahaja memohon ampun kepada-Mu

Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku

Lupa dan leka terjadi selalu

Di sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu, lupakan sahaja kesalahanku

Janganlah sampai Engkau bertindak ke atasku

Mari berdemontrasi Hari-Hari


Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Tuesday, June 1, 2010

untukmu Ghaza


Selama ini ku melihat
Dunia penuh keganasan
Jeritan tangisan itu
Tersentuh hatiku
Bilakah semuanya akan berakhir


Manusia hilang petimbangan
Kuasa menjadi rebutan
Tiada ketawa ria
Dimana cahaya
Si kecil itu menjadi mangsa


Pembunuhan penindasan
Milik jiwa keegoan
Keamanan kebebasan
Impian kekal impian
Leburkan rantai penghalang


Harapan kita
Semarakkan perjuangan
Kedamaian

Wednesday, March 31, 2010

Do you know?

ุฃุชุฏุฑูŠ ู…ู† ูŠุฒูŠู„ ุงู„ู‡ู… ุงู† ุถุงู‚ุช ุจูƒ ุงู„ุฏู†ูŠุงูˆู…ู† ูŠุฑุนุงูƒ ู„ุง ูŠู†ุณุงูƒ ุฏูˆู…ุง ูƒูŠูู…ุง ุชุญูŠุงูุณุจุญุงู† ุงู„ุฐูŠ ูŠู‡ุฏูŠ ูˆูŠุดููŠ ุญูŠุฑุฉ ุงู„ุนุจุฏูˆูŠุนุทูŠ ุฏูˆู†ู…ุง ุญุฏูŠ ุฌุฒูŠู„ ุงู„ุฃุฌุฑ ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุงุฃุชุฏุฑูŠ ู…ู† ูŠุฌูŠุจ ุงู„ุนุจุฏ ุงุจุฏู‰ ุงู„ุณูˆุก ุฃูˆ ุงุฑุงู‰ูˆู…ู† ูŠุฌุฒูŠ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุนุฑูˆู ุฌู†ุงุช ูˆุฃู†ู‡ุงุฑุงูู‚ู„ ูŠุงุฑุจ ุจู„ุบู†ูŠ ู„ุฏุงุฑ ุงู„ุฎู„ุฏ ูˆุงู„ุฃู…ู† ูˆู†ูุณ ูƒุฑุจุชูŠ ุนู†ูŠ ูˆุฌู†ุจู†ูŠ ุฃุฐู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุงุฃุชุฏุฑูŠ ู…ู† ู‡ุฏู‰ ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุจุงู„ุฅุญุณุงู† ูŠูˆุตูŠู‡ูˆู„ุง ูŠุฑุถู‰ ู„ู‡ ุงู„ุนุตูŠุงู† ูู†ุธุฑ ูƒูŠู ุชุนุตูŠู‡ูู…ู† ุชุจุฏูŠ ู„ู‡ ุงู„ุดูƒูˆู‰ ูˆู…ู† ุชุฑุฌูˆู‡ ู…ุง ุชู‡ูˆู‰ูˆู…ู† ููŠ ุนููˆู‡ ุงู„ุณู„ูˆู‰ ุนู„ู‰ ู…ุง ูƒุงู† ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง

Do you know who removes the concern that the narrowed your worldIt does not take care of you always forget you as you liveGlory to the guide, and heal the confused personAnd give without pay very much alone in this worldDo you know who will answer a person showed bad or AraiIt is known to reward the gardens and riversLord, I have heard tell the House of Eternity and securityThe same Krepetti Junbni harm me and the worldDo you know of human kindness guidance recommends that itNot pleased with how he looked, his disobedience disobeyIt is show him the complaint and hope for the ventilatedIt is in pardoning solace on what was in the world

Adakah anda tahu siapa yang menghapuskan kebimbangan

bahawa dunia anda menyempit

Tidak menjagamu selalu lupa anda sebagai hidup anda

Kemuliaan untuk memandu,

dan menyembuhkan orang bingung

Dan memberi tanpa membayar sangat banyak sendirian di dunia ini

Adakah anda tahu siapa orang itu menyatakan jawapan atau buruk

AraiHal ini diketahui pahala taman dan sungai-sungaiTuhan,

Aku telah mendengar kirim House of Eternity dan keselamatan

The Krepetti sama Junbni membahayakan saya dan dunia

Adakah anda tahu pedoman mengesyorkan kebaikan manusia seperti

Tidak puas hati dengan bagaimana dia melihat,

tidak taat tidak mematuhi

Hal ini menunjukkan keluhan dan harapan untuk ventilasi

Dalam mengampunkan pelipur lara pada apa yang ada di dunia..


Sunday, March 28, 2010

Sejarah Aprilfool atau kite yg difoolkn?

ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/ BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:



ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุงْ ุงุชَّู‚ُูˆุงْ ุงู„ู„ّู‡َ ูˆَูƒُูˆู†ُูˆุงْ ู…َุนَ ุงู„ุตَّุงุฏِู‚ِูŠู†َ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". [at-Taubah 9:119]

Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


ุฃูŠ ุงุตุฏู‚ูˆุง ูˆุงู„ุฒู…ูˆุง ุงู„ุตุฏู‚ ุชูƒูˆู†ูˆุง ู…ู† ุฃู‡ู„ู‡ ูˆุชู†ุฌูˆุง ู…ู† ุงู„ู…ู‡ุงู„ูƒ, ูˆูŠุฌุนู„ ู„ูƒู… ูุฑุฌุงً ู…ู† ุฃู…ูˆุฑูƒู… ูˆู…ุฎุฑุฌุงً


Maksud: "sentiasalah berlaku jujur dan komited pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah". [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ูˆู…ู† ุบุดู†ุง ูู„ูŠุณ ู…ู†ุง


Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]

Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ุฅู† ุงู„ุตุฏู‚ ูŠู‡ุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุงู„ุจุฑ. ูˆุฅู† ุงู„ุจุฑ ูŠู‡ุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฌู†ุฉ. ูˆุฅู† ุงู„ุฑุฌู„ ู„ูŠุตุฏู‚ ุญุชู‰ ูŠูƒุชุจ ุตุฏูŠู‚ุง. ูˆุฅู† ุงู„ูƒุฐุจ ูŠู‡ุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุงู„ูุฌูˆุฑ. ูˆุฅู† ุงู„ูุฌูˆุฑ ูŠู‡ุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุงุฑ. ูˆุฅู† ุงู„ุฑุฌู„ ู„ูŠูƒุฐุจ ุญุชู‰ ูŠูƒุชุจ ูƒุฐุงุจุง


"Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta". [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Bagaimana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ูˆูŠู„ ู„ู„ุฐูŠ ูŠุญุฏุซ ููŠูƒุฐุจ ู„ูŠุถุญูƒ ุจู‡ ุงู„ู‚ูˆู… ูˆูŠู„ ู„ู‡ ูˆูŠู„ ู„ู‡


"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan mengembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.

Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:

"Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools') atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]

Kesimpulannya, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Tiada masalah untuk mengembirakan seseorang. Tetapi ada batas dan sempadannya. Ada tahapnya. Ada caranya. Jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan sampai putus kawan dan sahabat. sebaliknya ukhuwwah perlu dibina dan dipupuk dengan sebaiknya.

jika difikir-fikirkan, sekalipun perayaan ini tidak berkaitan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Sepanyol sekalipun, tidak perlulah diraikan kerana langsung tidak memberikan apa-apa faedah kepada yang meraikannya, malah mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

sumber

Monday, March 8, 2010


Air Mata Pemadam Api Neraka

Ya Allah ! Ya Tuhanku
Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu
Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku

Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu
Aku tidak terlepas daripada azab

Aku lemah, bantulah aku
Nafsuku serakah
Bantulah aku bermujahadah selalu
Syaitan yang menipu dayaku
Lindungilah aku darinya

Jalan kesesatan terlalu banyak
Ada yang jelas
Ada yang kesamaran

Kalau bukan pimpinan-Mu
Aku tersesat jalan

Pimpinkanlah aku selalu
Agar aku selamat menuju-Mu


Wednesday, November 4, 2009

Jejak Roh Perjuangan II

"YA ALLAH HANTARKAN KPD JENAZAHKU TEBUAN BERBISA!!"

Asim bin Thabit r.a merupakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi.Sebelum meletusnya peperangan Uhud Nabi s.a.w telah bertanya kepada perajurit muslimin, bagaimanakah kamu akan berperang kelak ? Thabit telah tampil seraya berkata : Apabila musuh telah hampIr seratus kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan.Apabila merekaa lebih hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka. Jika jarak telah menjadi lebih dekat slepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka. Mendengar kata-katanya yang bersemangat itu Nabi saw telah bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang ingin berjuang, maka hendaklah dia mencontohi Asim bin Thabit !


Apabila meletus peperangan Uhud seperti yang dijanjikan kepada RasululLah saw, Asim telah keluar umpama singa garang yang kelaparan.Beliau telah berhasil membunuh anak-anak lelaki kepada Sulafah binti Sa’ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini telah membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam untuk menuntut bela terhadap mereka.Ibu ini
telah berikrar memberikan ganjaran yang hebat kepada sesiapa yang berjaya membunuh balas pembunuh putera-puteranya itu.

Peperangan Uhud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat Islam telah berakhir lalu Nabi mengutuskan tentera seramai 6 orang diketuai oleh Asim bin Thabit r.a.Ketika rombongan tentera ini berada di pertengahan jalan tidak jauh dari Mekah, kaum Huzail yang tinggal di kawasan itu yang masih lagi belum memasuki Islam telah mengepung mereka.


Asim bersama tentera-tentera Islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri.Kini golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerahkan diri.Walaubagaimanapun Asim bertegas untuk mempertahankan dri dengan katanya : “ Adapun pada pandanganku, aku tidak akan menyerahkan diriku kepada seseorang musyrik. Tawaran Sulafah tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Kata-kata beliau yang terakhir sebelum berlakunya pertembungan itu adalah : “ Ya Allah, sesungguhnya aku ini mempertahankan agamaMu dan memperjuangkannya ! Maka peliharalah tubuhku dan tulangku , dan jangan Engkau izinkan keduanya dari di kuasai oleh mereka! Kedahsyatan penganiyaan yang dilakukan oleh musush-musuh Islam terhadap jasad syuhada’ Islam yang gugur di medan Uhud masih lagi segar dalam ingatannya. Penganiayaan kepada jasad Hamzah yang sudah kaku oleh Hindun, isteri kepada jenderal tentera kuffar yang menyerang Madinah. Asim merasa yakin akan bantuan Allah dan perlindunganNya dari musuh-musuh Islam.

Asim memulakan serangan disertai dengan dua orang sahabatnya. Manakala yang lain menyerahkan diri mereka.Setelah berjuang habis-habisan bagaikan singa yang kelaparan, kesemua tiga orang sahabat , termauk Asim akhirnya terkorban sebagai syahid.Musuh-musuh Islam telah memperlakukan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan.Sangkaan mereka, akan mendapat layanan seperti tawanan meleset sama sekali, apabila musuh bertindak dengan lebih ganas iaitu membunuh mereka.

Musuh-musuh tidak menyedari bahawa salah seorang yang dibunuh itu merupakan Asim yang diharap-harapkan oleh ramai musuh untuk membunuhnya.Tawaran oleh Sulafah amatlah menggiurkan dan kebanyakan mereka telah terpikat dengannya.

Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan, datanglah utusan Quraisy dari Mekah yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya, meminta agar diserahkan kepala Asim kepada Sulafa bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang bersarang di lubuk hatinya, terhadap pembunuh ke tiga anak lelakinya.


Berebut-rebutlah kaum Arab dari suku Huzail untuk mendapat anugerah yang dijanjikan itu.Sampai berdekatan dengan jasad Asim, mereka yang ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menyelaputi jasadnya, seolah-olah padanya ada sarangnya yang dipertahankan dari penceroboh. Segelintir yang cuba mara kea rah mayat disengat di kepala dan mata. Tebuan padang pasir amat ditakuti oleh manusia.Sengatannya mampu menyebabkan kelumpuhan pada system pertahanan badan malah membewa pada kematian.

Setelah berusaha berbagai cara menghalau lebah dan penyengat itu tanpa membuahkan sebarang hasil, akhirnya mereka berehat menanti hari malam dengan anggapan serangga itu akan meninggalkan jasadnya menjelang kegelapan.Belumpun kegelapan menyelubungi siang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena langit bertukar corak.Hari yang disangka terang bertukar menjadi gelap.Kilat sambar menyambar lalu turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Kawasan pertempuran menjadi seolah-olah tasik dengan paras air yang naik dengan menggila, di luar kawalan.Hujan yang turun lebat tidak berhenti hingga tiba waktu Subuh keesokan hari baru ia reda.

Huzail masih lagi meletakkan dalam impian untuk menyerahkan kepala Asim yang dipenggal kepada Quraisy agar tenang ruh tiga orang pemuda mereka seperti yang disangkakan oleh puak jahiliyyah.Namun impian hanya tinggal angan-angan kosong.Jasad Asim dipelihara Allah dari tangan-tangan jahat musuh-musuhNya.Tubuhnya hilang entah ke mana dalam kederasan air hujan di gurun sahara yang panas, tapi ruhnya sudah diambil Allah terbang ke syurga yang tinggi.Semuga Allah meredhainya..Dia ikhlas dalam perjuangannya..Dan Allah tidak sekali-kali menghampakan amalan hamba-hambaNya yang ikhlas..

FirmanNya dalam surah Ali Imran ayat ke 169-170 :
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita…"

Allahuakbar!!!

Tuesday, February 10, 2009





Tuesday, January 20, 2009

padan muka israel!!

Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa para pahlawannya, ungkapan ini tidak berlaku di Amerika kerana pemerintah AS ternyata tidak memberikan jaminan kesejahteraan bagi ratusan ribu veteran perangnya yang kembali dari medan perang di Iraq dan Afghanistan.

Aaron Glantz, wartawan yang memfokuskan liputannya kepada nasib para veterang perang AS yang pernah bertugas di Iraq dan Afghanistan mengungkapkan, saat ini ada sekitar 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi penganggur.

"Setiap malam, 200,000 orang yang pernah mengenakan seragam dan berkhidmat kepada negara ini tidur di jalan-jalan kerana tidak punya rumah," kata Glantz.



Dia melanjutkan, "Cuba bayangkan, anda pulang dari Iraq dalam keadaan mengalami stress pasca trauma, mengalami luka mental, mengalami gangguan otak atau mengalami kerosakan otak secara fizik akibat terkena ledakan bom yang dipasang di jalan. Tapi hal pertama yang anda lakukan ketika pulang, terpkasa mengisi dokumen sebanyak 26 halaman untuk menjelaskan bagaimana anda boleh tercedera, apakah anda mendapatkan surat keterangan pendukung dari rakan ada di medan perang dan dari para komandan anda (sebagai saksi)."

Menurut Glantz, askar-askar AS yang pernah bertuga di Iraq dan Afghanistan dan mengalami apa yang disebut post-traumatic stress disorder (PTSD) mesti membuktikan yang luka dan trauma yang dialaminya memang kerana perang, bukan kerana kecelakaan biasa lainnya.

Glantz mengatakan, bukan hanya para veteran perang Iraq dan Afghanistan yang sulit mendapatkan kompensasi dan jaminan kesihatan, hal serupa juga dialami para veteran Perang Teluk yang terjadi tahun 1991 lalu. Pihak berwenang di AS malah dengan mudahnya mengatakan bahawa apa yang disebut sindrom Perak Teluk yang dialami para tentera AS dinyatakan tidak ada dan tidak terdiagnosis.

Glantz mengecam pemerintahan Bush sebagai orang yang telah mengobarkan perang di Iraq dan Afghanistan , tapi menelantarkan nasib tentera-tenteranya. "Kita tidak dapat melupakan veteran perang Iraq dan Afghanistan yang baru kembali ke tengah masyarakat. Jika kita tidak menanganinya sekarang, AS akan melihat makin meningkatnya statistik jumlah tenteranya yang stress, mengalami gangguan mental dan akhirnya bunuh diri," tegas Glantz.

Selain 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi bangsat, Glantz mengatakan bahawa ada sekitar 300.000 veterang perang di AS yang mengalami gejala PTSD. (ln/mol)

Wednesday, September 17, 2008

Hadith Tsulasa': Renungan tentang Bulan Ramadhan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik: assalamu ¡®alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya¡¯ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur¡¯anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ¡®Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur¡¯an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur¡¯an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur¡¯an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun. Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur¡¯an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur¡¯an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A¡¯la (Allah swt. ¡ยช pen.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur¡¯an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur¡¯an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, ¡°Puasa dan Al-Qur¡¯an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ¡®Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ¡®at untuknya.¡¯ Sedangkan Al-Qur¡¯an akan berkata, ¡®Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ¡®Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ¡± (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.

Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini. Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. ¡°Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.¡±

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, ¡°(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur¡¯an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).¡± (Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati: ¡°Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.¡± (Al-Baqarah: 185) Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut. ¡°Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.¡± (Al-Baqarah: 185) Kemudian, lihatlah wahai Akhi, dampak dari semua ini. ¡°Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.¡± (Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, ¡°Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt ¡°Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!¡¯¡±

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur¡¯an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.¡± (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur¡¯an.¡± (Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur¡¯an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur¡¯an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur¡¯an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas.


Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur¡¯an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah

Anda mendapati bahwa Al-Qur¡¯anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur¡¯an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur¡¯an. Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah, ¡°Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.¡± (Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun, ¡°Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?¡¯ Mereka akan menjawab, ¡®Kepunyaan Allah.¡¯ Katakanlah, ¡®Maka apakah kalian tidak ingat?¡¯ Katakanlah, ¡®Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ¡®Arsy yang besar?¡¯ Mereka akan menjawab, ¡®Kepunyaan Allah.¡¯ Katakanlah, ¡®Maka apakah kalian tidak bertaqwa?¡¯ Katakanlah, ¡®Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?¡¯ Mereka akan menjawab, ¡®Kepunyaan Allah.¡¯ Katakanlah, ¡®(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?¡¯ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.¡± (Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama, ¡°Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.¡± (Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman, ¡°Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ¡®Mengapa bumi (jadi begini)?¡¯ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.¡± (Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman, ¡°Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?¡± (Al-Qari¡¯ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, ¡°Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.¡± (At-Takatsur: 1-4) Wahai Akhi, ayat-ayat mi menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. ¡°Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.¡±¡°¡­diwajib-kan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.¡± (Al-Baqarah: 183) ¡°¡­mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.¡± (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, ¡°Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.¡± (Nuh: 10) Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah. (Al-Baqarah: 43)

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt. ¡°Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.¡± (Asy-Syams: 7-8) ¡°¡­Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.¡± (Ar-Ra¡¯d:11) ¡°Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ¡®Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ¡®Salamun ¡®alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),¡¯ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.¡± (Ar-Ra¡¯d: 19-24) Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras. ¡°Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).¡± (Ar-Ra¡¯d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas dan gamblang. ¡°Seperempat Juz Khamr¡± yang diawali dengan ¡°Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi¡± (Al-Baqarah: 219), mengandung lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila¡¯, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Sunday, September 7, 2008

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saturday, August 30, 2008

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.


Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.